every ENDing is a new BEGINning

A sad thing in life is that sometimes you meet someone who means a lot to you only to find out in the end that it was never bound to be and you just have to let go.

It’s April today and I’ve been away from this blog for almost 3months now since my last post. healing and recovering. cuba mencari kembali apa yang telah hilang dalam diri ni dan cuba untuk melupakan. melupakan apa yg pahit tetapi menyimpan rapi semua yg manis.

Could it be a new beginning after all?
orang cakap kalau suka lepas-lepaskan, kalau dia kembali dia kita yg punya. tapi kalau tidak kembali, redhalah bukan dia jodoh kita. aku rasa bidalan zaman-berzaman ni ada betulnya. aku sekarang tenang dan redha.
3 bulan tempoh percubaan ada hasilnya. sikit-sikit dapat control feeling. supaya tak carried away. emosi berlebihan yg tak sepatutnya.

Sometimes the best way to be happy is to learn to let go of things you tried hard to hold on to. i can never win. but it doesn’t mean that i’ve lost.

-ijamfonseca-
1.25pm

Kayuh

30km setel!
Malam tadi aktiviti kayuh beskal dgn geng ofis telah berjaya di-execute-kan dgn jayanya di Putrajaya. Seramai 8 org telah turn up utk misi bahaya nih. Planning nak kayuh beskal nih dah macam nak gi merompak bank negara. Penuh details dan strategi bagai. Email dok send/receive sgtlah banyak. Semua ada saja benda nak dikongsi.
Biasalah planning biar gempak beb, walaupon realitinya ada yg siap main kayuh shortcuts lagik tuh…gila tak aci. Sedar2 dorang dah tembus kat Istana Kehakiman tuh.  Apa2 pon kayuhan smlm tetap terbaek…part gelak dan mengutuk tu yg wat kayuh malam tadi jadi sgt happening.
Kamar – selaku tukang tunjuk jalan dan lead kayuh. berselipar jepun saja dan berbeskal full carbon!. berbekalkan lampu suluh kepala yg macam penoreh getah tuh. kayuh sgt laju dan tinggalkan geng2 kat belakang nih. padahal dia sorang jer tau jalan tapi dia tinggal kami bertiang-tiang.
Mail – superbiker, bw team lead consultant, gitaris karan otai. dia pulun dok folo cucuk angin belakang Kamar sampai ke sudah. tapi lagi 5km nak abis, dia tewas kpd tuan empunya blog. hehehe…
Ijam – skateboarder, penjual soya, futsal-addict. berkategorikan sepasang kasut jogging adidas utk memecut meninggalkan yg lain. rambut yg tak kurang panjangnya dibuai-buai angin sepoi-sepoi dan terasa seperti model iklan minyak atar.
Helmi – bakal berkahwin tak lama lagi. ini adalah kayuhan terakhir beliau sebelum bercuti panjang utk bercucuk tanam(lalalala). kayuhan beliau agak biasa saja. katanya nak simpan tenaga utk kawen nanti. citt!! poorahh!!
Bob – abap team lead, kayuhan yg konsisten walaupon amik shortcuts dan terus pi ali bistro dan pekena milo gelas besar dgn selambanya.
Iylia – ini sorang lagi geng Cinelli sama macam Mail. berbaju pagoda putih utk kepuasan maksima angin malam. bakal berkahwin jugak dia nih.
Nuzul aka Roy – tukang reply email paling byk. katanya kelajuan kayuhan standard beliau adalah 28kmh. akan tetapi semalam agak tercicir jauh ke belakang. apakah??
Man – late comer. berbaju jersey glow in the dark. seolah-olah kunang-kunang malam. aku hampir hilang fokus kat sini. hahahaha…syok la plak tgk jersey menyala camtu.

Hampir semua nama2 diatas mengakhiri kayuhan malam tadi dgn air milo gelas besar dan roti canai(aku & mail terkecuali).
Sampai saja rumah bersihkan badan…lek lek jap…pastu pengsan! nahhhh pkl 930am tadi baru jaga. Subuh ijam Subuh!…

Specialized Glove

protect your hands

-ijamfonseca-
233pm

Pindah

Semalam(10.1.11) selesailah sudah proses pindah barang2 dari kondo ke rumah baru. selepas lebih dari seminggu aku struggling dok pi mai pi mai angkut barang guna keta at last setel gak.
Tuan punya lori, Cik Hasan, sangat stylo dan frenly. Dia charge RM350 utk transport + labor fees. He once said that it will only took about 3hours++ to complete the tasks. Namun, ke-profesional-an & ke-lincah-an Cik Hasan dgn anak buah terbukti setelah berjaya menyetelkan kerja pindah hanya dlm 2jam 30minit(yer…aku rekod time dorang wat keja).
Aku rasa sepanjang proses pindah nih, ada la kot dlm 4 kali Cik Hasan memberi komen ala2 juri raja lawak.
“Amboihh….kamu nih rumah bujang ke rumah famili anak 5 huh?”
“Sepanjang aku wat bisnes lori nih, inilah kali pertama aku angkut barang byk camnih utk rumah bujang…nak kena charge lebih nih”
…………………..
bersambung….

Tower of Shoes

Lelong lelong~

Palm Spring

Penuh kenangan...

Moving out

Garage sale~

Cik Hasan

Cik Hasan bercap biru

Penuh!

Leman dipergunakan sepenuhnya!

Amik la puas-puas...

Wakjue snap last few pics from the balcony...

Kapal pecah - view 1

I need help with this!

Kapal pecah - view 2

I need help with this too!

Kapal pecah - view 3

I need help with this three!

Ikea

Eh eh...ikea lah!

pheww~~ jenuh nak mengupload pics nih suma. ok rehat jap…sambil makan choki-choki dan nescafe panas.

-ijamfonseca-

930am (11.1.11)

Buat Hati Yang Ketandusan Cinta

Sabarlah duhai hati.

Tak perlu kau tagih cinta manusiawi yang bersifat sementara.

Ada cinta yang lebih kekal abadi buat dirimu.

Ada cinta yang bisa membuatkan kau mengalirkan airmata ketika hati merindui.

Ada cinta yang mampu memberikan ketenangan pada jiwamu ketika kamu dilanda keresahan.

Ada cinta yang boleh kau jadikan tempat merintih bila kesedihan datang menjenguk.

Ada cinta yang mampu memberikan apa sahaja yang kamu inginkan.

Namun, kadang-kadang cintamu itu pasti diuji.

Sekuat manakah cintamu pada-Nya, sehebat manakah kasih kamu pada-Nya.

Ujian datang dalam pelbagai cara.

Hatta sekecil-kecil perkara untuk menilai kesetiaanmu pada-Nya.

Andai kata kuat dan tetap hatimu pada-Nya, maka bergembiralah.

Jika hatimu goyah dan meragui kasih sayang-Nya selepas didatangkan ujian pada dirimu, maka sedarlah bahawa nilai cintamu disisi-Nya masih lemah.

Kembalilah pada cinta-Nya yang lebih agung dari kecintaanmu buat dunia dan isinya.

Sudah menjadi sunnah-Nya, setiap yang bergelar mukmin pasti akan diuji.

Dari ujian  itulah, Dia mencari hamba-hamba-Nya yang benar-benar mendambakan keredhaan dari-Nya.

Apakah kau sanggup menghadapi segalaan ujian itu?

Namun, tidak ramai yang mahu mencari cinta yang kekal abadi ini kerana tidak mahu dilanda ujian-ujian ini.

Tidak ramai yang mahu mengeluarkan keringat hatta darah sekalipun untuk merasai manisnya cinta yang bertunjangkan kekuatan aqidah terhadap yang Khalid ini.

Maka sabarlah duhai hati.

Apabila telah kau rasakan manisnya cinta dari sang Pencipta,

maka tak perlu lagi kau kejar cinta manusiawi yang rata-ratanya berlandaskan nafsu semata.

Bila telah kau tetapkan hati untuk mencintai Tuhan sekalian alam, maka itulah sebenar-benarnya kecintaan yang sejati.

Dan dalam perjalanan menelusuri denai cintai terhadap-Nya yang sudah pasti disaluti onak dan duri,

akan didatangkan seorang yang turut sama mencintai-Nya sebagaimana dirimu juga.

Sebagai peneman dan yang akan menyempurnakan sebahagian daripada imanmu.

Yang padanya ada ketenangan dan kebahagiaan berpaksikan Tuhan yang Maha Satu.

Maka sabarlah duhai hati.

Tidak perlu kau gundah gulana andainya kau masih tidak berkasih dengan manusia.

Dia akan datang. Itu sudah pasti.

Namun datangnya tiada siapa yang tahu kecuali Dia sang Pencipta cinta itu.

Moga datangnya cinta insani itu, akan menguatkan lagi kecintaanmu buat sang Pencipta cinta itu sendiri.

Kerana jiwa yang sepi tanpa cinta dan kasih dari-Nya, adalah umpama padang pasir yang kegersangan.

(www.iluvislam.com)

-ijamfonseca-
243pm

Allah Knows Best

Allah knows what’s best for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain

We always want the laughter
And the merriment of cheer
But our hearts will lose their tenderness
If we never shed a tear

Allah tests us often
With suffering and with sorrow
He tests us not to punish us
But to help us meet tomorrow

For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form

Allah tests us often
And for every pain He gives to us
Provided we’re patient
Is followed by rich again

So whenever we feel that everything is going wrong
It is just Allah’s way
To make our spirit’s strong

Author : Unknown

-ijamfonseca-
11.45am

Kisah dongeng melayu purba. Sikap jujur dan ikhlas itu penting.

-kisah dongeng ni telah mengalami pengalihan jalan cerita mengikut sedap hati aku-

Alkisah di dalam sebuah kampung nun jauh di hujung bandar sana, hiduplah sepasang suami isteri di dalam rumah yg ala-ala nak roboh tapi still menten tegap berdiri.
Si suami, Karim, bukan nama sebenar dan si isteri, Salmah, bukan nama sebenar juga hidup dgn berniaga pucuk paku di pasar tani setiap hari rabu kat bandar tu. Mereka ni sgt jujur dlm perniagaan mereka. Tidak pernah sekali pon cuba utk mengambil untung berlebihan dari pelanggan.
Maka pada setiap hari selasa, Karim dan Salmah akan masuk ke dlm hutan kat belakang rumah dorang tuh utk mencari pucuk paku. Best kan hidup cam dorang..seminggu sekali jer keja…hari2 lain chillax kat rumah atau gi holiday. Bisnes musti kencang kan…pertanian itu perniagaan katakan..
“Nampaknya hari ini sangat cerah,angin sepoi-sepoi..kalau pekena teh o suam bawah pokok rhu memang layan habih nih” ujar Karim…
“Nah bang, makanla nasi lemak terbaek dari ladang yg Mah buat pagi tadi nih” Salmah me-reply…
Maka berehatlah mereka berdua dibawah pokok rhu berdekatan sungai yg nampak cam tenang jer tuh…
Karim dah larang Salmah dari main2 dekat dgn sungai tu…
“Mah, jgn pi dekat sgt dgn sungai tu…steady water we donno got crocodo or not u know!” Karim memberi amaran.
“Ala bang nih, Mah nak ushar kejap muka Mah pakai mekap MAC yg baru beli semalam nih…kasi can la sket”…
Larangan si suami diendahkan, dgn kuasa tuhan…Salmah telah tergelincir dan terjatuh kedalam sungai ituww…sekelip mata saja Salmah sudah hilang dari pandangan. Karim menjadi penik dan peluh2 jantan dia pon mula keluar…Karim cuba kontrol emosi yg sedih dgn memanggil2 nama isterinya…
“Mahh…ooo Mahh…jgnla main2 dgn abang…kot yer nak skuba diving pon tunggula kita gi perhentian dulu Mah” Karim memanggil dgn nada terketar-ketar…
Selepas 5minit berlalu, yakinlah Karim yg isterinya bukan main2…ini bukan menyelam lagi tapi mmg betul2 tenggelam..
Poooff!!!! (kuar asap kepul-kepul macam kat genting highland waktu pagi)….
“Assalamualaikum nak…” ujar seorang lelaki tua berjubah putih berspek mata ray-ban.
Rupa paras lelaki tua ini tak ubah seperti watak M.Nasir dlm filem Magika. Cuma lelaki tua ini berkasutkan sandal Crocs musim luruh 2009 saja…
“Waalaikumusalam…siapakah gerangan kamu orang tua?” Karim acting kool lagi…sambil tanya soklan…
“Namaku tak perlu kau tahu…mahukah kamu utk aku selamatkan isterimu yg tenggelam di dasar sungai ini?” tanya lelaki tua…
Karim mengangguk-ngangguk tanda setuju…
Maka terjunlah pak tua kedalam sungai…2 minit kemudian timbullah dia dgn seorang wanita yg rupa paras sebijik macam Siti Nurhaliza…
“Adakah ini isteri kamu yg hilang itu?”..
“Tidak, dia bukan isteriku…langsung tak sama lah pak tua” Karim meng-deny-kan wanita tadi..
Terjunlah pak tua sekali lagi ….1 minit berlalu dia timbul semula dgn seorang wanita yg sejibik from head to toe macam Hannah Tan…wanita itu berbaju kebaya lagi…
“Adakah ini isteri kamu yg hilang itu?”..
“Tidak, dia bukan isteriku…langsung tak sama lah pak tua” Karim meng-deny-kan wanita kedua tadi..
Pak tua tarik muka mulut muncung bak burung belatok sambil terjun sekali lagi kedalam sungai…
10 minit kemudian timbullah dia dgn seorang wanita…
“Yesss pak tua…inilah isteri saya yg hilang itu…terima kasih pak tua”…said Karim…
Pak tua menggelengkan kepala lalu berkata…
“Nah amiklah kembali isteri kamu yg gemok nih…jenuh aku nak angkat dia dari dasar sungai tadi” pak tua dgn muka tensennya…
“Dia bukan gemok…dia chubby sikit jer…tapi saya sayang dia pak tua…rupa paras bukan pengukur”
“Kamu memang suami yg jujur dan ikhlas wahai Karim..maka dengan itu amiklah pulang wanita-wanita yg lain tadi juga”
Karim bersyukur dgn pemberian tuhan dan pulang dgn hati yg sgt hepi…
-TAMAT-

Moral of the story – Bersikap jujur dan ikhlas itu menguntungkan. =)

-ijamfonseca-
5.18pm

Kita boleh menjadi tunangan orang tanpa sedar!

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

“Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku”

“Kahwinlah dengan kita bila2″

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
“lelaki sebut dalam telefon, “I nak jadikan u isteri I lah”
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.

-dipetik dari satu blog yg aku tak ingat linknya-

-ijamfonseca-
12.24am

Ups and downs. Happy and sad. 6 month today. Thank you

aku dah tak berapa ada mood dan idea untuk mengarut kat blog lately nih.
tapi hari nih 26th october hari spesel skit…its our 6th month. me and puan seri opcos. 6th month of friendship. 184 days of journey.
semoga berkekalan dan lebih dan lebih lagi. i miss you, puan seri.

-ijamfonseca-
1.34am
p/s : terima kasih for the cards. sampai 3 awak kasi. =)

Apabila seorang kakak berkongsi dgn adiknya…

“sazzsms: betul.. ingat syaitan suka menghancurkan idup anak adam.. selagi kita ikut dia ..dia akan berjaya..
sazzsms: don’t look back.. look forward…org ada terdengar motivasi pagi di radio ikim semalam..
sazzsms: dia kata mcm ni..jadikan musibah/ujian sebgai pengajaran..ambil ikhtibar dari apa yg dah berlaku.. bukan menangisi dan terus menyerah kepada kesdihan.. Redha ..dan yakin dengan bantuan Allah….
sazzsms: ujian adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambanya.. jika kita diuji..maknanya kita dipelihara Allah…
sazzsms: zaman nabi dan sahabat dulu.. apabila ditimpa ujian mereka semua mengucapkan alhamdulillah..jika kita di zaman ini.. ditimpa musibah menyalahkan takdir dan keadaan..innnalillah….”

*susah senang sedih gembira semua itu ujian dari Allah” -ijamfonseca

-ijamfonseca-
12.00pm

How to Dress Well As a Guy (a note to myself and for all the guys out there)

Pengakuan ikhlas sebelum aku mula tulis pjg2…tips yg aku nak share ni aku amik dari internet. Aku ran thru this article secara tak sengaja whilst aku dok sibuk googling tadi. English aku sangat crap so dont expect me to write something as good as following lah yer. Anyway, here it goes:-

1) Choose comfortable underwear. You will feel better, and this translates into a more comfortable and confident overall look

2) Dress comfortably. If you are uncomfortable, people can tell, and it makes you less attractive.

3) Avoid wearing athletic clothing unless you are actively participating in an athletic activity. It may be easy and comfortable to wear sweatpants, a baggy t-shirt, and running shoes, but this makes you look lazy and unkempt. Your favorite jersey can be incorporated into your outfit, but don’t make it look like you just got out of practice.

4) Don’t go too tight or too loose. It is important to make your body looked proportioned. Avoid wearing tight jeans and a loose shirt. This causes you to look top-heavy. Wear slim-fitting (not tight!) jeans and slim-fitting shirts. If you choose to wear shorts, you usually want a wider leg than you would on a pair of pants. That provides a balance, as you only have half as much length.

5) Dress for the occasion. If it is a formal occasion, you don’t want to be wearing shorts and a tee shirt. If it is a non-formal occasion (such as school), don’t wear slacks. You will look out of place and people won’t want to go up to you.
6) Make sure whatever you wear fits well and looks good on you. The fit is the most important aspect of any article of clothing. No matter how cool the style is, if it doesn’t fit you, do not wear it.

7) One of the best investments a guy can make is a simple white button-up shirt that fits very well. Every guy looks great in it, and it can be dressed-up with slacks and a tie or dressed-down with jeans and sneakers while still looking great.

8 ) As a rule, never go out of you house wearing something your wouldn’t want to be seen in on national TV. You never know who will see you, so you want to look good in case you run into the woman of your dreams, a potential employer, or a local news crew looking to do a story on your life.

9) Generally don’t wear hats unless you have a small head. If you must wear a hat, wear one with a flat brim. never wear it straight. wear it at about turned slightly either way or backwards. Never wear a “man hat” unless you are or want to be Kevin Federline. Don’t wear a hat too much or it will put a band on your hair which makes your head look like a peanut.

10) Don’t be afraid to wear jewelry. You don’t want to look like Mr. T, but a necklace is always a nice touch. If you think it would look good, get your ear(s) pierced. This is really a matter of personal taste and it could also look better or worse from person to person. For example, if you are sporty, wear a gel wristband (more than one is okay but never wear so many that it looks like a sleeve) and discreet necklace (tucked into your shirt).

11) You may hate tucking in your shirt, but a tucked-in shirt, slightly loosened, actually makes you look thinner if you are larger. This doesn’t mean to tuck in your tee-shirts (never tuck in t-shirts), but if you are at a more formal occasion which required a polo to be tucked in, than don’t make it skin-tight. Loosen it a bit.

12) Find a hairstyle which suits you. Unless you have facial hair or very manly features, don’t do long hair. If you are larger, you might not want a buzz cut because it makes your lower half look even larger. Also, if you are really thin, don’t do really big hair as it makes your head look huge.

13) While it may seem feminine, own a variety of shoes, i. e. brown and black dress shoes (which can worn with non-dress clothes, depending), more casual-type shoes, sandals, etc. Try to stay away from wearing athletic sneakers all the time, unless you want to look like a teenager. Also, milder forms of skater shoes can look rather stylish, even if you’re not a skater or high school-aged guy. While in-depth coordination isn’t necessary (this is dressing well as a guy), varying shoes is beneficial to your style and to your shoes, as neither will wear out as fast. Springing for higher quality, leather shoes will really enhance your appearance.

-ijamfonseca-
10.57pm

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.